SHOPPE

Klip Video Pasangan Pencuri Gemuk Curi Telefon Berjaya Dicekup

Share:
Klip Video Pasangan Pencuri Gemuk Curi Telefon Berjaya Dicekup



SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.




Kelicikan sepasang kekasih yang bermaharajalela menjadikan kedai telefon bimbit di Tanah Merah, Kelantan sebagai sasaran jenayah mereka akhirnya berjaya dicekup polis.

Dua suspek lelaki dan wanita itu ditahan dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telefon di Cabang Tiga Kubang Putat, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Menurut  laporan Sinar Harian, suspek wanita itu pada Rabu masuk ke kedai dan berpura-pura mahu membeli kad tambah nilai dalam jumlah yang banyak, manakala suspek lelaki menunggu di dalam kereta.

Pemilik kedai yang curiga dengan tingkah laku suspek segera menghubungi rakan menerusi radio amaturnya yang sebelum ini menghebahkan maklumat mengenai kegiatan dua suspek terbabit di media sosial.

Bertindak hasil maklumat orang awam, kedua-dua suspek berjaya ditahan.

Dalam kejadian 3.21 petang, Selasa lalu, dua suspek yang sama juga turut dilaporkan telah mencuri telefon bimbit di kedai lain.

Suspek wanita yang berpura-pura mahu membeli telefon bimbit sebelum memaklumkan kepada pekerja kedai yang dia mahu menunjukkan telefon itu kepada suaminya yang menunggu di dalam kereta.

Yakin dengan kata-kata wanita itu, pekerja berkenaan membenarkannya berbuat demikian. Namun sebaik saja wanita itu masuk ke dalam kereta suaminya, Perodua Alza DCJ 4257, pasangan itu terus melarikan diri.

12 Januari lalu, dua suspek itu juga dipercayai terlibat dalam kes melarikan telefon di sebuah kedai di Panglima Bayu dengan taktik yang sama.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah