SHOPPE

Lelaki Seksi Ini Tawar Jadi Teman Lelaki Upahan Sempena Tahun Baru Cina

Share:
Lelaki Seksi Ini Tawar Jadi Teman Lelaki Upahan Sempena Tahun Baru Cina



JIKA sebelum ini, kita sering membaca berita mengenai perkhidmatan sewa teman lelaki di China tetapi kini ‘servis’ tersebut sudah mula menular di negara ini.




Tahun Baru Cina (Chinese New Year CNY) adalah musim perayaan paling penting bagi kaum Cina dengan semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam perayaan itu.

Kini, wanita bujang di negara ini tidak perlu runsing kerana di Malaysia sudah ada tawaran perkhidmatan sewa teman lelaki.

Bagi wanita bujang yang mungkin tertekan apabila ibu bapa atau ahli keluarga sering bertanya mengenai teman lelaki, anda boleh menyelesaikan masalah dengan hanya menyewa seorang lelaki dengan harga RM888 untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Zeann Jian menerusi akaun Facebooknya menawarkan perkhidmatan sewa teman lelaki sempena Tahun Baru Cina kali ini.

Dia turut memuat naik biodata dan latar belakang mengenai dirinya bagi memberi ruang kepada wanita bujang memilih dan memenuhi kriteria diperlukan.

Lelaki berusia 26 tahun ini sedia menjadi teman lelaki ketika sambutan Tahun Baru Cina dengan harga RM888 dan turut menawarkan harga RM88 untuk sehari serta RM188 untuk majlis reunion.

Nyata, perkongsian Zeann ini mendapat respon positif daripada netizen terutamanya wanita berbangsa Cina yang teruja dengan perkhidmatan ditawarkan.

Ada netizen berpendapat perkhdimatan ini dapat membantu mereka berhadapan dengan keluarga ketika sambutan perayaan dan menjadikan mereka lebih bersemangat.

Namun, ada juga yang menganggap iklan tersebut hanyalah sebagai gurauan.

Tradisi Cina melihat perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan wanita bujang yang melepasi usia 27 tahun dianggap sebagai ‘Shengnu’ atau wanita tidak laku.

Namun, beberapa lelaki bujang melihat keadaan itu sebagai peluang menambah pendapatan dan menyewakan diri bagi menjadi teman lelaki kepada wanita yang terdesak untuk pulang ke kampung dan sekali gus menjadi trend popular di China.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah