SHOPPE

Mayat Bangkit Dari Keranda Saat Dikebumikan

Share:
Mayat Bangkit Dari Keranda Saat Dikebumikan


SEBUAH keluarga di China terkejut besar apabila terdengar ketukan dari dalam keranda milik bapa mereka ketika upacara pengkebumian sedang berlangsung.




Menurut sebuah laman antarabangsa, kejadian itu berlaku di Junlian County, wilayah Sichuan.

Warga emas yang berusia 75 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia oleh anak lelakinya; Huang Mingquan dan beberapa saudara-mara apabila sudah tidak bernafas dan badannya telah bertukar sejuk.

Menurut Mingquan yang bekerja sebagai petani, bapanya sudah lama menghidap kanser esofagus dan pada pagi kejadian dia mendapati bapanya tidak bernafas lagi.







Namun lapan jam sebelum upacara pengkebumian berlangsung, kesemua ahli keluarga warga emas itu terkejut apabila orang yang disangka mati tiba-tiba membuka keranda dan bertanya kepada anak-anaknya.

“Apa yang sedang berlaku? Adakah kamu sedang mempersiapkan pengkebumian saya?” tanya warga emas itu melihat peralatan pengkebumian yang berada di sekitarnya.

Mingquan yang dalam keadaan terkejut segera mendapatkan bapanya dan meletakkannya di atas tilam sambil memohon maaf bercampur kebingungan.

Warga emas itu masih lagi lemah namun keadaannya stabil dan hanya memakan bubur sahaja setelah dua hari bangkit dari ‘kematian’.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah