SHOPPE

Memalukan!!!...Pengguna Subway Berseluar Dalam Cemar Pandangan

Share:
Memalukan!!!...Pengguna Subway Berseluar Dalam Cemar Pandangan


BEBERAPA orang lelaki di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China dengan selamba menaiki Subway (kereta api bawah tanah) dengan hanya berseluar dalam meskipun sedang dilanda musim sejuk.




Menurut sebuah laman tempatan negara itu, 10 individu lelaki dalam lingkungan usia 20-an yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan cuba menyahut seruan ‘Menaiki Subway Tanpa Seluar Sedunia’.

Jelas laman itu lagi, kesemua individu terbabit menaiki pengangkutan awam itu dari Stesen Jinjiang dan keluar dari kereta api itu setelah melepasi beberapa hentian.


Pengurus Kumpulan Subway Hangzhou, Wu Ting berkata, penumpang tidak akan dibenarkan memasuki kereta api sekiranya mereka hanya berseluar dalam namun sekiranya tindakan itu dilakukan di dalam pengangkutan awam tersebut maka pihak kami tidak dapat melakukan apa-apa.

“Mereka akan dihalang sekiranya mereka hanya memakai seluar dalam ketika memasuki stesen, tetapi kita tidak dapat menghalang mereka sekiranya mereka menanggalkan seluar itu di dalam kereta api,” katanya.

Situasi itu mengundang rasa tidak senang hati pengguna Subway yang lain.

Kata seorang pengguna Sina Weibo, “Mengapa kamu tidak belajar sesuatu yang baik? Di China perbuatan seperti itu boleh menyebabkan kamu dipukul,” tulisnya.

“Jika ibu kamu melihat apa yang kamu lakukan ini pasti mereka risau kamu akan kesejukan,” komen netizen yang lain.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah