SHOPPE

Pelajar Ambil Video Dalaman Kain Guru Dan Disebar Kepada Rakan-Rakan

Share:
Pelajar Ambil Video Dalaman Kain Guru Dan Disebar Kepada Rakan-Rakan



Lima pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di ibu negara disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam video bahagian kain dalam seorang guru wanita, lapor Berita Harian.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shukri Kaman berkata, berikutan kejadian itu, pihak sekolah telah memanggil kesemua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut.

“Setakat ini hanya dua dari pelajar terbabit yang dirakam keterangan adalah saksi berhubung kejadian tersebut, manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955.

“Bagaimanapun, segala tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah, bukannya polis,” katanya.

Terdahulu, beberapa pelajar yang terlibat merakam video bawah kain baju kurung seorang guru wanita pada jam 8.30 pagi Isnin.

Ketika kejadian, mangsa berusia 36 tahun yang mengajar subjek Bahasa Inggeris sedang membalut meja pelajar di kelasnya dan pelajar terbabit merakam gambar bawah kain baju kurung guru berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka.

Malah, mereka mengenakan bayaran wang terhadap mana-mana pelajar jika mahu menonton rakaman tersebut sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Perbuatan sekumpulan pelajar itu dikesan oleh seorang guru disiplin pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan yang kemudian memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu, mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kerana merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah