SHOPPE

Pelakon 7 Petala Cinta Shima Padam Foto Bertunang Tak Tahan Cakap Orang Luar

Share:
Pelakon 7 Petala Cinta Shima Padam Foto Bertunang Tak Tahan Cakap Orang Luar



PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan, Mohd. Solib Toha, 41.



Namun tindakan Shima memadam foto-foto majlis pertunangan yang dimuat naik menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan seribu tanda tanya pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun ini menerusi Mstar Online menjelaskan segalanya kenapa dia bertindak sedemikian.



Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar mendedahkan bahawa dia tertekan dengan kata-kata masyarakat sekeliling mengenai pertunangan tersebut.

“Hubungan saya dan tunang masih elok dan kami bahagia. Saya buang gambar-gambar itu kerana tidak tahan dengan cakap-cakap orang luar yang kurang senang dengan kami.

“Saya ambil keputusan untuk padamkan sahaja gambar itu bagi memuaskan hati semua pihak yang kurang senang. Selagi belum bernikah saya tidak akan kongsi gambar kami berdua kerana ia langkah terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shima memberitahu bahawa dia dan pasangan tidak menerima sebarang tajaan dan berhasrat untuk menggunakan duit sendiri pada majlis yang bakal berlangsung pada 8 April depan.

Sumber: Mstar Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah