SHOPPE

Penculik Anak Tokey Kilang Langsir Dibelasah Orang Awam

Share:
Penculik Anak Tokey Kilang Langsir Dibelasah Orang Awam



TINDAKAN pantas sekumpulan orang awam berjaya mengagalkan cubaan menculik seorang wanita yang dipercayai anak kepada pemilik kilang langsir, petang semalam.




Dalam kejadian kira-kira 5 petang, mangsa dilaporkan diculik oleh dua orang suspek yang menaiki van putih ketika mahu mengalihkan kereta di luar rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Suspek turut meninggalkan nota dalam bahasa Mandarin memberitahu mangsa diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM5 juta di hadapan rumahnya.

Insiden itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an menjerit meminta tolong di dalam van hingga didengari orang awam.

Susulan itu, berlaku aksi kejar-mengejar apabila orang awam yang menggunakan motosikal dan kereta bertindak mengekori van tersebut.

Suspek yang berasa panik lantas mencampakkan mangsa keluar dari van berkenaan lalu melarikan diri.


Bagaimanapun, usaha dua suspek melarikan diri gagal apabila terbabas dan melanggar sebatang pokok di Sungai Pelong, Sungai Buloh.

“Suspek memandu dengan cara berbahaya sehingga melanggar beberapa pengguna jalan raya lain. Suspek kemudian terbabas, lalu ditangkap orang awam dan diserahkan kepada pihak polis.”

“Kenderaan milik suspek terbakar, namun berjaya dipadamkan oleh pihak bomba,” kata satu sumber.



Kejadian itu turut menjadi viral di media sosial. Namun, dakwaan sesetengah netizen yang menyangka mangsa adalah murid sekolah adalah salah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad mengesahkan kes culik tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah