SHOPPE

Peragut Syaitan Toreh Muka Jururawat

Share:
Peragut Syaitan Toreh Muka Jururawat



TIADA maaf bagimu peragut! Seorang jururawat terpaksa menanggung kesakitan yang amat pedih apabila mukanya ditoreh hingga terbelah menggunakan pisau oleh seorang lelaki yang cuba ragut beg tangannya, kelmarin.




Kejadian yang berlaku di kawasan parkir pasar raya di Bandar Sri Perdana, Jalan Silam, Lahad Datu, Sabah itu, mengakibatkan mangsa,  Normalia Tuang, 43, mengalami kecederaan parah di dahi, hidung dan mulut.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dilaporkan baru selesai membeli kelengkapan dapur di sebuah pasar raya.

Namun ketika sedang menyimpan barang dalam kenderaan di pintu belakang sebelah kanan, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali cuba menarik beg tangannya.

Insiden itu lantas menyebabkan mangsa melawan dan suspek yang gagal melarikan beg itu kemudian bertindak menoreh muka mangsa sebelum melarikan diri.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi polis sebelum menghantar mangsa ke Hospital Lahad Datu.

Dalam perkembangan lain, mangsa yang bertugas di sebuah  klinik swasta di Kinabatangan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pihak polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah