SHOPPE

Pijak Isteri Hingga Mati, Jamaluddin Akhirnya Dihukum mati

Share:

Pijak Isteri Hingga Mati, Jamaluddin Akhirnya Dihukum mati




Perbuatan kejam seorang tukang masak memijak dan menendang isterinya kerani akaun, Nurhidayah A Ghani sampai mati, di rumah mereka di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5, Jalan Puchong di antara 15 sehingga 17 Mei 2013 kerana menuntut cerai mendapat pembalasan setimpal apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.




Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu ke atas tertuduh Jamaluddin Ali, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Amelia dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati, keterangan tertuduh bahawa terdapat individu lain yang membelasah isterinya pada hari kejadian adalah penafian semata-mata.

“Dalam keterangannya, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia hanya memukul dan menendang isterinya sebanyak dua kali.

“Bagaimanapun, dalam keterangan saksi pendakwaan lain, ia lebih konsisten kerana saksi lain termasuk kawan mangsa melihat sendiri mangsa dipukul bertubi-tubi menggunakan batang penyapu, joran dan kasut.

“Selain itu, keterangan anak-anak tertuduh juga boleh dipercayai kerana turut melihat ibu mereka dipukul oleh ayah mereka (tertuduh),” katanya.


Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, berlaku di sebuah rumah di Lot 18, Kampung Petaling Bahagia, Puchong dekat sini malam kelmarin.

Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.

Tragedi menyayat hati itu menimpa Nur Hidayah A. Ghani, 28, yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah hotel di Jalan Klang Lama di sini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati si suami apabila isterinya itu mahu menuntut cerai.

Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.

“Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.

“Arwah sering melarikan diri ke rumah keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Puchong, namun suaminya pandai memujuk dan membawanya pulang ke rumah” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah terdapat kesan lebam yang baharu dan lama di seluruh badan mangsa.

“Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.
Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah