Rogol Gadis 22 Tahun Pemandu Uber Ditahan

Rogol Gadis 22 Tahun Pemandu Uber Ditahan



SEORANG bekas pemandu Uber ditahan di Texas, Amerika Syarikat kerana didakwa merogol seorang gadis semasa dalam perjalanan membawa pulang pelanggan itu ke rumah.




Jabatan Polis San Antonio mengenal pasti suspek sebagai Garbriel Vasquez, 40.

Vasque berdepan dengan dakwaan kerana melakukan keganasan dalam insiden itu yang dilaporkan berlaku pada Oktober 2016.

Menurut saluran KHOU 11, memetik pihak berkuasa sebagai berkata, sebelum kejadian gadis berusia 22 tahun itu dalam keadaan mabuk di sebuah bar.

Gadis itu kemudiannya dibantu dibawa masuk ke dalam sebuah kereta Uber yang ditunggu oleh kakitangan bar.

Satu laporan polis dibuat berhubung insiden di mana Vasquez membantu mangsa yang dalam keadaan separuh sedar itu masuk ke dalam rumahnya.

Menurut laporan yang diperoleh KHOU, Vasque membawa mangsa sehingga ke katil sebelum menanggalkan pakaiannya.

Mangsa kemudiannya melaporkan mengenai insiden berkenaan kepada polis dan Uber pada hari berikutnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger