tet

Seorang Pekebun Ditetak Kerana Didakwa Tanam Pisang Di Kebun Orang

Share:
Seorang Pekebun Ditetak Kerana Didakwa Tanam Pisang Di Kebun Orang



MIRI – Seorang pekebun berumur 69 tahun parah ditetak kerana didakwa menanam pisang di kawasan kebun milik orang lain.




Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata kejadian berlaku pada pukul 8.00 pagi semalam di sebuah kedai kopi di Sepupok Niah di sini.

Beliau berkata anak mangsa berusia 41 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa bapanya disyaki menanam pisang di kebun milik seorang lagi petani tanpa kebenaran petani tersebut.

Kebun mangsa dan suspek yang berumur 52 tahun dilapor terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Khoo berkata mangsa yang cedera akibat diserang dengan parang kini dirawat di Hospital Miri sementara suspek telah ditahan. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah