SHOPPE

Suami Kepada Aktres Marissa Yasmin Tuntut 2 Kereta Kerana Curang

Share:
Suami Kepada Aktres Marissa Yasmin  Tuntut 2 Kereta Kerana Curang



SHAH ALAM – Pihak mahkamah tidak membenarkan suami pelakon, Marissa Yasmin Yaacob, menjadikan alasan isteri curang sebagai asas untuknya menuntut harta sepencarian.




Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, telah menuntut Marissa, 40, untuk memberikannya dua buah kereta iaitu jenis Toyota Harrier dan Hyundai Tucson kerana wanita tersebut telah didakwa sebagai curang.

Mahkamah syariah di sini dimaklumkan bahawa dua buah kenderaan mewah itu telah dibeli atas nama Marissa ketika mereka masing-masing masih belum lagi berkahwin dan sudah berkahwin.

Namun Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar, berkata isu kecurangan pasangan tidak boleh dijadikan punca untuk Muhammad Muhzir menuntut dua buah kereta terbabit.

“Mahkamah tidak mahu isu ini (dikemukakan). Saya bimbang ia (kes) akan menjadi panjang,” kata beliau lagi. Marissa dikenali ramai kerana pernah membintangi lebih 100 drama televisyen.

Aktres berkenaan atau nama sebenarnya Meriam Yaakob, dilahirkan pada 1977, anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sering melakonkan watak seorang ibu dalam kebanyakan drama.

Terdahulu, Muhammad Muhzir, 50 telah memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap dua buah kereta milik Marissa namun pihak mahkamah syariah menolak fail tuntutan tersebut.

Mohamed Fouzi menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh bagi prosiding baharu. Pasangan ini disahkan bercerai talah satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Januari tahun lalu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah