SHOPPE

Terbongkar!!!...Misteri Tangisan Budak Sengsara Tengah Malam

Share:
Terbongkar!!!...Misteri Tangisan Budak Sengsara Tengah Malam



TAMPIN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui ditinggalkan sendirian di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini, selepas ibunya pulang ke kampung.



Difahamkan, penduduk tempatan mendengar suara tangisan kanak-kanak terbabit dari dalam sebuah rumah gelap lalu menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut, kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, bertindak atas laporan itu sepasukan anggota ke lokasi dan menemui kanak-kanak terbabit dikurung dalam rumah.

Menurutnya, anggota polis kemudian segera memberikan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tampin di sini untuk rawatan yang lebih lanjut.

“Hasil siasatan dilakukan polis menahan ibu mangsa. Wanita berusia 29 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya kerana pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya, 6 petang semalam (Khamis).

“Wanita terbabit mendakwa suaminya tidak mengetahui bahawa budak itu adalah anaknya kerana diberitahu dia adalah anak orang lain yang konon perlu dijaga wanita terbabit.

“Keluarga dan jiran pula tidak mengetahui kewujudan anaknya itu kerana dilahirkan luar nikah dengan lelaki lain sebelum dia berkahwin dengan suaminya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. – myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah