SHOPPE

Tuah Badan!!!...Lelaki Ini Menang Kereta Mewah Setelah Dibuang Kerja

Share:
Tuah Badan!!!...Lelaki Ini Menang Kereta Mewah Setelah Dibuang Kerja



DUBAI – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu… Begitulah perumpamaan nasib seorang pekerja warga Filipina yang baharu sahaja dibuang kerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE).




Joel Gutierrez pada mulanya menganggap ‘dunia’ seperti sudah berakhir apabila dipecat setelah 16 tahun bertugas di negara kaya Teluk Parsi itu dan merancang balik ke tanah air bertemu keluarganya semula membina hidup baharu.

Bagaimanapun selepas dikejutkan dengan berita dibuang kerja, lelaki ini sekali lagi dikejutkan apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah Infiniti Mega Raffle pada hari pertama Festival Beli-belah Dubai (DSF) di sini.

Dia bukan sahaja menang wang tunai sebanyak 150,000 dirham UAE (kira-kira RM184,000), malah juga membawa pulang sebuah kereta mewah terkini model Infiniti QX70 yang juga dianggarkan berharga 150,000 dirham UAE.

“Ia memang satu kejutan terbesar dan terindah tepat pada masanya sebab saya sebelum itu baharu dihubungi pihak pejabat tempat kerja saya bahawa khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi,” kata bapa kepada dua orang anak itu.


Joel yang bertugas sebagai jurujual di sebuah kedai runcit memberitahu portal berita Emirates247 bahawa dia cuma membeli sekeping tiket Infiniti Mega Raffle berharga 200 dirham UAE (kira-kira RM245) ketika mengunjungi DSF.

“Saya menaruh keyakinan yang saya bakal pulang bertemu isteri dan anak-anak di Filipina dengan membawa hadiah cukup lumayan daripada acara festival tahunan pada kali ini,” katanya lagi dipetik oleh laman popular tersebut.

Dia yang berusia 43 tahun itu sebenarnya pernah membeli banyak tiket cabutan berkenaan pada DSF tahun-tahun sebelumnya dan percaya, impiannya untuk diumumkan sebagai pemenang pasti akan muncul suatu hari kelak.

“Terima kasih Dubai untuk tuah yang tidak diduga ini. Saya berhasrat menggunakan wang hasil cabutan tersebut untuk melangsaikan hutang dan memulakan kehidupan baharu di tanah air dengan keluarga semula,” jelas Joel.

Sejak diperkenalkan pada 1996, DSF lazimnya menyediakan banyak hadiah menarik dan untuk edisi ke-22 yang bermula 26 Disember lalu, Infiniti Mega Raffle menawarkan kereta mewah serta ganjaran wang tunai setiap hari.


Turut disediakan untuk pemenang cabutan bertuah tersebut pada festival kali ini ialah hadiah berbentuk lapan model kereta Nissan terpilih iaitu Micra; Sunny; Sentra; Tiida Hatchback; X-Trail; Juke; Pathfinder dan Patrol.

Dalam pada itu, syarikat barangan kemas terkenal Dubai Gold and Jewellery Group turut menawarkan hadiah berupa jongkong emas setiap hari dengan berbelanja paling minimum 500 dirham UAE (kira-kira RM612).

Tiga pembeli bertuah bakal memenangi emas masing-masing setengah kilogram dan suku kilogram setiap hari manakala untuk hari terakhir DSF, mereka sanggup menawarkan pula satu kilogram untuk dibawa pulang.

DSF yang berlangsung selama 32 hari tanpa henti itu dengan tagline ‘Unwrap The Exceptional’ menyediakan lebih 150 acara menarik di seluruh Dubai bagi menarik jutaan pelancong asing berbelanja.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah