Wanita Lebih Berisiko Diceraikan Jika Gemar Tonton Pornografi

Wanita Lebih Berisiko Diceraikan Jika Gemar Tonton Pornografi



SATU lagi sebab mengapa menonton filem lucah bukanlah satu hobi yang mendatangkan apa-apa faedah untuk penggemarnya.




Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa pornografi sebenarnya mampu memisahkan pasangan secara fizikal, terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin.

Suami isteri yang baru mula menonton bahan lucah mempunyai risiko untuk bercerai tempoh beberapa tahun sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding pasangan lain.

Bukan sahaja itu, malah wanita yang mula menonton filem lucah mempunyai potensi sebanyak tiga kali ganda untuk bercerai, menurut satu kertas kerja yang dibentangkan di Persatuan Sosiologikal Amerika pada 22 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, pornografi didapati mencetuskan impak yang kurang negatif terhadap perkahwinan jika suami isteri menonton video itu bersama.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa berhenti menonton pornografi menurunkan kemungkinan untuk bercerai bagi kaum wanita, tetapi tidak pula bagi kaum lelaki.

Inilah kali pertama dalam sejarah kaitan impak pornografi terhadap stabiliti rumahtangga dibuktikan melalui kajian.

Analisis menunjukkan bahawa 11% responded yang  mula menonton filem lucahpada dua tempoh masa berlainan telahpun bercerai semasa mereka ditemubual buat kali kedua. Dapatan ini dibandingkan dengan 6% responden yang tabiat menonton mereka tidak berubah, namun mempunyai persamaan yang ketara dengan peminat baru pornografi tadi.

Dalam kalangan wanita yang mula menonton filem lucah secara solo, bilanga yang bercerai adalah 16% atau tiga kali ganda lebih banyak.

Berbalik pula keadaannya apabila kaum wanita berhenti menonton pornografi, kerana kemungkinan untuk bercerai dalam kalangan mereka adalah kurang daripada separuh daripada mereka yang masih mengekalkan tabiat tersebut.

Bagaimanapun, kebarangkalian untuk kaum lelaki bercerai kerana terlalu banyak menonton pornografi berbanding mereka yang telah berhenti tidak dapat dikenalpasti kerana peratusan lelaki yang berhenti menonton filem lucah adalah terlalu kecil untuk dijadikan data yang boleh dipercayai.

Dapatan kajian itu turun mencadangkan bahawa impak pornografi terhadap perkahwinan lebih tinggi dalam kalangan belia yang kurang pegangan agama.

Menurut ketua penulis kertas kajian tersebut, Samuel Perry, yang juga merupakan professor pembantu di Universiti Oklahoma, “Kami tidak rasakan ada kaitan kualiti hubungan suami isteri yang membawa kepada penggunaan pornografi dan perceraian.”

Perry tidak dapat menjelaskan secara ringkas mengapa impak pornografi lebih tinggi terhadap wanita daripada kaum lelaki.

“Analisis yang kami dapati agak mengejutkan kerana impak pornografi terhadap kaum lelaki dalam sesebuah perkahwinan adalah lebih negatif berbanding wanita.

‘Mungkin kerana kaum lelaki menonton filem lucah lebih kerap bagi tujuan onani berbanding hubungan intim.”




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger