Bailey Pretak Wanita ‘Bersisik’ Menang Gelaran Ratu Cantik

Bailey Pretak Wanita ‘Bersisik’ Menang Gelaran Ratu Cantik


SEORANG wanita yang menghidap penyakit lamellar ichthyosis iaitu keadaan di mana kulitnya bersisik dan merekah hinggakan menjadi bahan buli, akhirnya membuktikan dia boleh berjaya memegang beberapa gelaran ratu cantik.




Bailey Pretak, 30, dari Wilcox, Pennsylvania berjaya merangkul gelaran Miss Pennsylvania, Ultimate Queen dan Miss Congeniality.

Dengan penyakit yang dialaminya itu, Bailey terpaksa membasahkan dan melembabkan muka dan badannya, jika tidak kulitnya akan merekah dan menyebabkan kesakitan kepadanya.

Ketika menceritakan mengenai dirinya, Bailey berkata dia sering diejek ketika kecil dan digelar `Bailey bersisik’ dan dijauhi oleh kanak-kanak yang lain. Namun tidak lama kemudian, Bailey mula keluar dari kepompong dan menyertai aktiviti menyanyi serta menari.


Dia mula menyertai pertandingan ratu cantik sejak dua tahun lalu dan kini menggunakan gelaran berkenaan untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit tersebut dan mengutip sumbangan bagi tujuan penyelidikan.

“Ketika kecil saya rasa terpinggir kerana orang takut dengan kulit saya. Saya diberikan pelbagai gelaran dan selepas memenangi pertandingan ratu cantik, saya menukar diri kepada seorang yang pemalu kepada model pentas,” katanya yang bekerja sebagai kerani bank.

Menyentuh mengenai penyakitnya, Bailey memberitahu jika dia terlupa memakai losyen maka kulitnya akan merekah.

“Musim panas lebih mudah kerana kulit saya berpeluh dan kulit saya kelihatan lebih baik tetapi pada musim sejuk, rekahan sering berlaku di tangan dan kaki saya,” katanya.

Untuk menghadapi ketidakyakinan terhadap dirinya, Bailey telah menyertai kelas lakonan dan dia kini menjadi seorang pelakon.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger