SHOPPE

Biodata Dan Profil Lengkap Nazeera Sardi Kekasih Jep Sepahtu

Share:
Biodata Dan Profil Lengkap Nazeera Sardi Kekasih Jep Sepahtu



Pengenalan Nazeera Sardi

Mungkin tak ramai yang kenal dengan pelakon baru, Nazeera Sardi. Gadis cantik ini telah pun memenuhi ruang dalam drama Hanya Padamu dalam slot Zehra TV3. Nazeera Sardi berlakon bersama Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy di dalam drama tersebut.




Drama Hanya Padamu merupakan drama ketiga yang dilakonkan oleh Nazeera Sardi. Lakonan Nazeera Sardi dalam drama ini sedikit sebanyak telah memberikan impak pada pelakon cantik ini. Sebelum ini Nazeera Sardi muncul sebagai pelakon pembantu dalam drama Jiwa Lara dan Tasbih Cinta Qasidah. Kemudian, Nazeera Sardi telah ditawarkan berlakon dalam drama seterusnya berjudul Bencita yang ditayangkan di TV3.

Gadis yang muncul dalam TVC Burger King dan juga iklan Zalora ini telah berblog sejak dari 2010 lagi. Dalam blognya ia banyak menceritakan kisah tentang peribadi kehidupannya.

Jep pula mengakui dia kini ‘amat rapat’ dengan seorang pelakon. Lebih menarik, dia juga berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya. Kini, pelakon sedang meningkat naik itu didakwa mempunyai hubungan cinta dengan pelawak terkenal kumpulan Sepahtu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin.

Nazeera Sardi juga merupakan peserta Grand Finale SimplySiti Star Search yang diadakan pada 20 Oktober 2012 di The Strand, Kota Damansara. Nazeera Sardi merupakan antara 10 finalis Star Search dalam misi merebut gelaran Ms.Pure, Ms.Precious dan Ms.Memoire. Pelakon sepenuh masa ini mempunyai kelebihan lain yang dimiliki iaitu mengacara dan menyanyi.

Biodata Nazeera Sardi

Nama Penuh : Siti Nazirah binti Sardi
Nama Popular : Nazeera Sardi
Bintang : Libra
Asal : Kluang, Johor
Umur : 30 Tahun (2016)
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Keluarga : Anak bongsu dalam keluarga
Kerjaya : Model dan pelakon
Warna Kegemaran : Pink
Populariti : Muncul dalam drama Hanya Pada Mu
Pendidikan : Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan menyambung pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah King George V Seremban serta memiliki ijazah dalam bidang bioteknologi Industri dari UNISEL
Drama : Hanya Pada Mu, Jiwa Lara, Tasbih Cinta Qasidah dan Bencinta
Iklan TV : TVC Burger King dan Zalora

Laman Sosial Nazeera Sardi :
 
Instagram : https://www.instagram.com/nazeerasardi/
Twitter : https://twitter.com/nazeerasardi
Facebook: https://www.facebook.com/Nazeera-sardi









-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  encikshino




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah