SHOPPE

Kanak-Kanak Kencing Tepi Jalan Mati Dirempuh Bas

Share:
Kanak-Kanak  Kencing Tepi Jalan Mati Dirempuh Bas



JIANXI – Seorang kanak-kanak mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi jalan raya untuk membuang air kecil.




Video pengawasan menunjukkan kejadian di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu tular di Internet di China.

Seorang kanak-kanak yang dikatakan berusia enam tahun dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan.

Kira-kira 10 saat kemudian, sebuah bas mini melanggarnya.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.

Pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen di China menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu, tidak pemandu terbabit.

“Saya bersimpati dengan pemandu itu. Yang salah ialah perbuatan membuang air kecil di tepi jalan. Ibu bapanya yang perlu bertanggungjawab,” tulis seorang netizen.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah