SHOPPE

Memalukan! Satu Keluarga Cabut Lari Tak Bayar Makan

Share:
Memalukan! Satu Keluarga Cabut Lari Tak Bayar Makan


SUDAH makan, tapi tak mahu bayar! Lebih teruk lagi perbuatan itu dilakukan satu keluarga.




Sebuah restoran di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini mengalami kerugian sebanyak RM92.50 gara-gara sebuah keluarga yang makan di kedai itu cabut lari.

Dalam kejadian pada petang Jumaat lalu, pemilik restoran Mokisq Banana Steak Hub, Shazleen Shamsul mendakwa pelanggannya itu telah merancang untuk cabut lari selepas selesai makan di kedai makannya.


“Mereka pergi seorang demi seorang tanpa membuat pembayaran. Mungkin silap dari pihak saya yang tidak teliti dalam menjalankan tugas. Tetapi adalah tanggungjawab pelanggan untuk membayar apa yang telah dimakan.

“Setakat RM10, RM20, kalau tak ada duit nak bayar, saya suruh cuci pinggan. Boleh bincang cara baik,” katanya.

Tambahnya, dia redha dan dalam masa yang sama turut berasa kesal dengan sikap keluarga berkenaan yang dipercayai beragama Islam, yang sepatutnya tahu hukum hakam agama.

“Mana letak iman yang sepatutnya membimbing keluarga ke jalan yang diredhai. Tapi dengan cara sebegini, aku kasihan jika ketua keluarganya serta kuncu-kuncunya menghasut tuk pergi seorang demi seorang tanpa pembayaran,” katanya.

Apa-apa pun, masih belum terlambat untuk menjernihkan keadaan. Semoga ‘keluarga 69’ ini segera sedar akan perbuatan mereka yang sangat tidak bertanggungjawab ini.

*Video sekadar hiasan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah