SHOPPE

Biodata dan Profile Lengkap Zahirah MacWilson

Share:


Biodata dan Profile Lengkap Zahirah Macwilson

Nama Sebenar: Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson
Nama Popular: Zahirah Macwilson
Tarikh lahir : 1 Februari 1995
Umur: 23 Tahun (2018)
Keturunan: Berdarah campuran Melayu dan Australia
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia


Zahirah MacWilson merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia. Zahirah MacWilson Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Jangan Benci Cintaku (TV3).  Mari kita lihat seba sedikit biodata dan profile pelakon cantik ini.

1. Nur Zahirah MacWilson binti Zainol atau nama komersialnya, Zahirah MacWilson adalah pelakon dan model wanita Malaysia. Nama tersebut merupakan gabungan nama dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Nama yang diberikan ialah Nur Zahirah dan nama keluarganya ialah MacWilson. 

2. Meskipun dilahirkan di Kuala Lumpur, Zahirah membesar di Sydney, Australia dan berketurunan British di sebelah ayah dan Melayu di sebelah ibu. Beliau adalah anak sulung dari empat adik-beradik.



3. Mungkin ramai tak mengetahui yang ayahnya, Zainol Johari Macwilson pernah berkhidmat sebagai penyampai berita TV3.

4. Pada tahun 2015, desas-desus bertebaran mengatakan beliau menjalin kasih bersama pelakon kacak, Zul Ariffin.


5. Bergelar model seawal usia 12 tahun sewaktu masih berada di sekolah rendah.

6. Pada tahun 2015, Zahirah membintangi drama orientasi remaja, Dunia Generasi Baru (watak Zahra) yang menjadi penanda aras kerjaya lakonan profesional. Kemudian, beliau memegang pula watak Dr. Katrina dalam drama Hidayahmu Ramadan.

7. Namanya mula menjadi sebutan setelah menjayakan drama Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad. Memegang watak Annisa, drama ini berkisar tentang kisah percintaan antara Anissa dan Hisham. Anissa seorang yang berfikiran jauh dan ingin menyambung pendidikan di menara gading.


8. Dipasangkan dengan Shukri Yahaya dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku, watak Puteri Nuraisha yang dimainkan oleh Zahirah sekali lagi membuahkan hasil. Oleh kerana sambutan yang begitu memberangkan, telefilem khas Aidilfitri, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya juga menemui penonton setianya.


9. Paling terbaru ialah drama Tak Ada Cinta Sepertimu (watak Athea Irdeena) bersama Syafiq Kyle yang ditayangkan di Astro Ria, menggantikan drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose.






#zahirah
#zahirah macwilson

2 comments:

  1. Very great post. I just stumbled upon your weblog and wanted to
    mention that I've truly loved surfing around your
    weblog posts. After all I'll be subscribing on your feed and I'm hoping you write again soon!

    ReplyDelete
  2. This is my first time visit at here and i am genuinely impressed to read everthing at one place.

    ReplyDelete

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah