SHOPPE

Pejabat Pos Semenyih Yang Hampeh

Share:

Korang pernah berurusan dengan pejabat pos semenyih???...adakah korang berpuas hati???..Ni aku nak story..hari sabtu lepas 8 Febuari 2014 aku pegi
pejabat pos semenyih..aku sampai dalam pukul 9.40 pagi nombor giliran aku pulak 50 dan nombor giliran semasa 33 maknanya aku kena tunggu dalam 17 orang baru sampai
turn aku.

Kaunter ada 4...tapi yang buka cuma satu saja...bayangkan betapa kelam kelibut kakak yang jaga kaunter. Orang pulak semakin ramai.
Persoalannya kenapa tak buka kesemua kaunter...adakah pos malaysia tak mampu untuk menggaji pekerja baru. Sebab sekarang ni
pejabat pos semenyih sentiasa ramai orang. Tak kan pos malaysia tak perasan dengan peningkatan customer yang melampau-lampau disini.

Dekat pukul 11.00 pagi baru sampai turn aku. Maknanya aku dah tunggu hampir 1 jam 20 minit. Lama giler. Tapi sebelum tu ada kakak
yang badan gempal (pakai cermin mata)...nama aku dah lupa...dia ni spesis yang kurang mesra alam. Ada sorang customer tu tanya kat kakak ni
"Saya nak ambil barang ...hari ni bukak tak".....jawapannya "Kat kertas tu ada tulis tak buka hari apa?".......sakit hati tak???
Jawaplah "tak buka" kan senang....terkebil-kebil customer tu tengok akak yang kurang mesra alam tu..

Aku dah banyak kali dah berurusan degan kakak yang kurang mesra alam ni...memang hampeh...harap pos malaysia tukar jerlah kak ni..
tak pun ganti saja dengan orang lain yang lebih produktif

Aku dah banyak kali terkena dengan kakak ni...setiap hari sabtu aku akan pergi untuk pos barang disini. Pernah sekali tu aku sampai jam 10.15 pagi.....turn aku pukul 11.30 pagi...bila sampai saja kaunter..kakak tu cakap.."pos laju sampai pukul 11 saje"..Perhhhhh macam orang bodoh aku dok tunggu hampir 1 jam 15 minit...dia jawap macam tu......SALAH AKU KE???







No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah