SHOPPE

Resepi Mee Rebus Citarasa Orang Utara

Share:

Mee Rebus Citarasa Orang Utara

Resepi Mee Rebus

A. Bahan-Bahan Kuah Mee Rebus Citarasa Orang Utara  :-
1. Daging – 350gm
2. Udang – 350gm
3. Ubi Keledek – 3 ketul (saiz sederhana)
4. Cili Kering – 10 – 20 tangkai (ikut tahap kepedasan)
5. Kacang Tanah – 200gm
6. Bawang Putih – 5 ulas
7. Bawang Merah – 5 ulas
8. Bawang Besar – 1 biji
9. Belacan – seinci
10. Garam – secukup rasa
11. Gula – secukup rasa
12. Asam Jawa
13. Sos cili – ikut jenama kegemaran anda

Resepi Mee Rebus

B. Bahan Mee Mee Rebus Citarasa Orang Utara
1. Mee Kuning atau Spaghetti (saya guna spaghetti)
2. Taugeh – dicelur
3. Sawi – dicelur
4. Tauhu – digoreng dan dipotong kecil
5. Cucur udang – dipotong kecil
6. Cili Merah / Cili Hijau / Cili Padi – ikut kesukaan
7. Bawang Goreng

Resepi Mee Rebus


Cara Membuat Kuah Mee Rebus Citarasa Orang Utara
1. Daging direbus sehingga empuk dan diasingkan air rebusan – jangan dibuang
2. Udang juga direbus – jangan dibuang kepala dan asingkan air rebusan – jangan dibuang
3. Kupas dan potong kecil ubi keledek dan rebus sehingga empuk dan lembut dan asingkan air rebusan – (jangan dibuang) dan lenyekkan bahan tersebut.
4. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga garing – jangan sampai hangit nanti kuah akan gelap dan pahit.
5. Goreng bawang putih, merah dan besar yang telah dimayang bersama cili kering dan belacan. Jangan sampai hangit. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama sedikit air dan blend sehingga hancur.
6. Blend kacang tanah yang telah digoreng bersama sedikit air.
7. Masukkan cili kering yang telah diblend bersama kacang tadi ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana.
8. Kemudian masukkan air rebusan daging, udang dan keledek tadi bersama keledek yang telah dilenyek.
9. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
10. Masukkan garam, gula, asam jawa dan juga setengah botol kecil sos cili.
12. Sebahagian dari daging dan udang boleh dicampurkan ke dalam kuah dan sebahagiannya simpan untuk hiasan.

Nota : Kuah lebih sedap dimakan setelah disimpan semalaman.


Credit : Resepi Orang Utara

1 comment:

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah