Saya pernah bagi tau kepada X BOS saya satu ketika dahulu bahawa ada kita boleh buat bisnes tanpa modal. Tapi apakan daya saya dipandang sinis oleh X BOS saya. Maklumlah kalau anda bukan BOS jangan sekali-kali bagi pendapatan yang bernas...naya nanti ...hahahahahahha
Bisnes tanpa modal ada banyak seperti menjadi agen Dropship, anda promote barang orang tapi kena rajin lah yeee kalau duduk diam tak kemana jadinya. Sebagai contoh saya ada produk baju anda deal dengan saya dan saya bagi harga rm20 sebagai contoh. Jadi tugas anda cuma buat promosi..katakan anda promote rm50 maknanya apabila customer bank in kat anda RM50 dan anda pula bank in kat saya cuma RM20. Nah....anda dah untuk rm30. Proses pos kepada customer anda saya yang lakukan.
Senang bukan?...Berapa modal yang anda keluarkan untuk buat bisnes dropship ini?....Ya betul....tiada modal yang anda keluarkan maknanya risk free. Buat bisnes dropship ni amat mudah terutama produk-produk wanita seperti produk kecantikan,tudung dan lain-lain lagi. Sebab wanita memang luar biasa kalau nak membeli..:)
Satu lagi anda boleh cuba jadi agen affiliate? Macam mana pulak tu agen affiliate?..Yang ni tak susah. Anda kena search dalam google affiliate yang power selepas tu register dengan affiliate tersebut dan anda akan dapat link atau replica website. Anda cuma promote link atau website tersebut dalam facebook ker...tweeter ker..instagram ker......Selalunya anda akan dapat 50% daripada produk affiliate tersebut.
Sebagi contoh saya try daftar jadi agen affiliate dengan menjual ebook. Saya telah dibeli satu replica website untuk tujuan promosi dan berbagai-bagai lagi tools untuk membantu saya promosi produk diaorang ni. Register free jer...Jadi memandagkan ianya risk free saya cuba promosi dalam facebook...baru dua hari promosi dah ada income...perhhhhhhhhhhhh terbaek.
No comments
Thanks For Comment !!! :)