Awas Dengan Rakan Sekerja Anda
Bagi yang bekerja makan gaji anda harus berhati-hati dengan rakan sekerja. Nak nak lagi anda tinggal di kuarters atau kediaman yang disediakan oleh majikan anda. Tak semua rahsia anda boleh berkongi dengan rakan sekerja. Nanti kisah akan cepat tersebar tanpa anda sedari.
Rakan sekerja yang bersifat "DAJAL" ialah yang suka menceritakan kisah anda kepada isteri/suami. Selalunya cerita negatiflah..cerita positif jarang sangat orang nak bercerita kan???Bila perkara ini berlaku, berita yang disampaikan kepada isteri/suami akan menjadi seperti VIRAL..cepat tersebar. Selalunya yang suka menyebar cerita-cerita ini adalah kaum isteri (terutama yang tinggal di kuarters) sebab dia tidak bekerja dan mempunyai banyak masa untuk MESYUARAT PINTU/TINGKAP.
Bagi aku masalah tempat kerja tak perlulah dibawak balik kerumah. Dirumah untuk berehat dan melayan keluarga. Bagi aku..sikap becerita tentang kisah orang lain kepada keluarga adalah satu sikap yang "FUCK OFF". Sebab apa???.....semasa anda asyik bercerita anda mungkin tidak sedar kadang-kadang anak-anak akan dengar cerita anda. Kebetulan anak-anak anda satu sekolah dengan anak "MANGSA ANDA". Nanti anak-anak anda akan mengejek anak "MANGSA ANDA" tanpa anda sedari.
Bayangkan kalau perkara ini terjadi kepada anak-anak anda. Mereka akan tertekan dan mungkin menyebabkan pembelajaran akan teganggu.
Fikirkan dulu sebelum bercerita tentang rakan-rakan sekerja anda....atau tak payah cerita langsung lagi bagus!!!
No comments
Thanks For Comment !!! :)