SHOPPE

Biodata Datuk Sharifah Aini

Share:


Nama Penuh
Sharifah Aini bte Syed Jaafar

Tarikh Lahir
2 Julai 1953

Tempat Lahir
Singapura (tetapi dibesarkan di Johor Bahru  sejak berusia 5 bulan; merupakan anak kedua dari 8 adik beradik)

Kerjaya
Memulakan kerjaya pada tahun 1968 dan menjadi penyanyi profesional setelah mendapat tempat ketiga pertandingan talentime anjuran Radio & Televisyen Singapura (RTS, kini dikenali sebagai TV Mediacorp) dan terus dilamar oleh EMI Singapura untuk menjadi artis rakaman (1969)

Genre Muzik
(Melayu, Inggeris & Arab) Pop, Balada, Soft Rock, Kontemporari, Pop Tradisional, Zapin, Ghazal, Deli, Asli, Irama Malaysia, Dangdut, Irama Klasik Melayu

Pengalaman (selain menyanyi)

  1.    Juruhebah sambilan di RTM Johor Bahru
  2.    Berlakon dalam drama TV bertajuk SESAT
  3.    Pelakon utama filem HAPUSLAH AIRMATAMU (1976), SUMBER ILHAMKU (1980) & BINTANG PUJAAN (1982)
  4.    Berlakon teater KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR

Pencapaian
Penguasaan dalam bidang seni (1968-2008, 4 dekad) status - masih aktif 98 buah album termasuk 8 buah album Inggeris

Penyanyi Malaysia pertama berpeluang merakamkan album Inggeris
Telah mengadakan lebih 3,715 pertunjukan amal di serata Malaysia
Melibatkan lebih 7,600 syarikat profesional dalam mengadakan persembahan eksklusif, konsert mahupun persembahan tertutup di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia (Jakarta), Brunei, Thailand (Bangkok), Filipina, Australia, Jepun, Korea, Taiwan, Turki, UAE (Dubai, Abu Dhabi), Kuwait, Bahrain, Hong Kong, Hawaii dan beberapa negara Eropah

Kejayaan cemerlang (Sold Out Concert) konsert 3 malam berturut-turut, Sharifah Aini diiringi Orkestra Kuala Lumpur (seramai 75 pemuzik) di Dewan Badaraya Kuala Lumpur (17, 18 & 19 Nov 1995)
Penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000 dengan diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO).  Turut hadir Presiden Singapura dan ramai orang kenamaan

Konsert Di Pinggir Kayangan (Sold Out Concert, 10 & 11 Jun 2000), mengulangi kejayaan Sharifah Aini yang pernah dibuat pada tahun 1995 - ditempat yang sama dan diiringi 75 pemuzik profesional Orkestra Kuala Lumpur.  Istimewanya konsert ini menampilkan lagu-lagu tradisional sahaja

Mengadakan konsert di tempat berprestij di Panggung Sari, Istana Budaya.  'Konsert Simfoni Ghazal Johor Bersama Datuk Sharifah Aini' direalisasikan untuk memartabatkan lagu-lagu Ghazal dan Zapin.  Diadakan 4 malam berturut-turut bermula 5 September 2003 atas tajaan Yayasan Warisan Johor.  Orang kenamaan yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman

Sejarah terpahat lagi apabila konsert 'Muzika Arabia' mendapat sambutan (3 malam berturut-turut).  Buat pertama kalinya Sharifah Aini berdendang lagu-lagu Arab sahaja kerana konsert kali ini dikhususkan untuk pelancong-pelancong Timur Tengah, tetamu khas dan penggemar-penggemar lagu-lagu Arab.


Sumber : http://carmahlms.com/

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah