Posting ni bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa..hanya untuk berkongsi dalam bisness online.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Setiap perniagaan mesti ada cabarannya yang tersendiri. Begitu juga dengan perniagaan online.
Untuk berjaya dalam bisness kita harus sedia menerima teguran cari customer untuk memperbaiki service. Image dibawah saya ada mencadangkan supaya seller ini tingkatkan service dengan menghantar mesej/whatsapp nombor tracking kepada customer. Sebelum ini seller ni suruh check nombor tracking dalam wall fb dia. Kesilapan seller ini sepatutnya dia akan ambil action dengan setiap komen dari customer. Alasan "TAKDE KEJA LAIN" tu tak boleh diterima pakai sama sekali.
Imej kat bawah ni pulak kroni kepada seller di atas. Kesilapan beliau adalah kerana bila customer complain dia hentam balik customer. Dia tak tau yang CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT". Sikap macam ni tak akan bertahan lama dalam bisness yang serba mencabar. Kesnya adalah barang saya dia tak pos. Seminggu kemudian saya tanya apa status barang saya. Dia siap bagi tracking pos laju...tapi nama orang lainpunya. Last last saya dah give up dan suruh dia dermalah kepada surau atau masjid (Tu pun kalau dia derma)
Saya berdoa akan kedua-dua seller ni merubah dan dapat menerima teguran dari customer dan bukannya melenting bila customer complain. Semoga bisnes mereka ini berjaya selamanya...aminnnnnnnnn!!!!!
No comments
Thanks For Comment !!! :)