SHOPPE

Bergetar Tulang Rusuk Melihat Elizabeth Tan Berhijab

Share:

Bergetar Tulang Rusuk Melihat Elizabeth Tan Berhijab



Bergetar Tulang Rusuk Melihat Elizabeth Tan Berhijab | Sebelum ini Elizabeth Tan gemar memakai pakaian yang seksi. Baru-baru ini penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan ada memuatnaik gambar bertudung litup dan sebelum itu lagi, dia juga ada berkongsikan alunan suaranya dengan menyanyikan lagu Faizal Tahir, Assalamualaikum. Namun di sebalik perkongsiannya itu, ada segelintir peminat yang kurang senang.

Malah perkara itu seterusnya mencetuskan perdebatan di ruangan komen milik penyanyi tersebut. Sementara itu ada yang tidak senang dengan pemakaian tudung kerana menyifatkan perkara tersebut seperti mempermainkan agama.




“Ini pengalaman pertama saya memakai tudung dan semestinya sangat teruja. Tidak sangka pula foto itu menarik perhatian ramai dan maklum balas yang luar biasa. Terima kasih buat yang memberi pujian serta kata-kata positif. Apapun, harap semua ‘chill’ saja kerana saya memakai tudung bagi membawa watak wanita mualaf bernama Ain dalam drama berjudul Senafas Rindu”


“Sebagai pelakon, saya kena profesional untuk menjayakan watak seperti dikehendaki pengarah. Saya berani menyahut cabaran ini disebabkan ia sebuah naskhah yang naik. Saya membawa watak mualaf. Sebenarnya watak saya bertudung adalah untuk beberapa episod saja,” jelasnya.

Apa pun, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy ini dalam masa sentiasa mendapat sokongan peminat setianya dalam memeriahkan lagi perjalanan seninya di dalam industri hiburan tanah air.

Gambar-Gambar Terkini Elizabeth Tan













Sumber : rotikaya

#elizabethtan



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah