SHOPPE

Bagaimana Untuk Mengetahui Toner Set Collagen Plus Vitamin E Yang Original???

Share:


Borong Kosmetik Murah Giler


Bagaimana Untuk Mengetahui Toner Set Collagen Plus Vitamin E Yang Original???


Bagi yang tak pernah beli toner ni..ada sedikit info untuk dikongsi bagaimana untuk mengenalpasti yang original dan yang tiruan.

Lihat pada gambar..yang original warna pink(cair) dan yang tiruan warna pink(gelap) atau kuning. Berhati-hatilah masa membeli kerana yang tiruan harganya murah sikit (kadang-kadang banyak) berbanding dengan original.

Yang tiruan mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Hydroquinone. Sebenarnya Hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Kesan-Kesan Selepas Penggunaan Hydroquinone
  1. Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
  2. Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
  3. Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
  4. Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.
  5. Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.
  6. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.


Semoga Info ini dapat berguna untuk anda...:)



Borong Kosmetik Murah Giler

No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah