Cuti Hari Raya aku selalu balik Kuala Sepetang rumah kaka ipar aku. Mak mertua aku memang tinggal dengan kakak ipar aku di Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni femes dengan mee udang nya. Antaranya mee udang mak jah, mee udang mak teh, mee udang pak hashim dan lain-lain lagi.
Sejarah awal mee udang di Kuala Sepetang begini ceritanya. Pelopor awal mee udang di Kuala Sepetang adalah mee udang mak teh. Sebelum mee udang mak teh femes aku dengan family selalu lepak disini. Masa tu orang tak ramai sangat makan disini. Customer cuma penduduk sekitar kuala sepetang. Rumah kakak ipar aku dibelakang restoran mee udang mak teh ni.
Semenjak restoren mak teh ni masuk dalam program astro..memang meletop...ramai giler orang datang sampai tak menang dia orang dok melayan customer. Orang daripada johor sampai ke perlis akan singgah direstoran mak teh ni. Sejak restoren mak teh ni meletop, aku jarang singgah sangat sebab ramai orang pada. Kalau order pun mau dekat sejam baru sampai.
Kemudian barulah restoran atau gerai mee udang ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Salah satu nya adalah restoran mak jah.Ini dinamakan sebagai kongsi rezeki. Sekarang ni restoran mak jah memang dah mengatasi restoran mak teh, mungkin rezeki mak jah ni murah agaknya. Restoren mak jah ni sekarang menjadi feberet aku sekeluarga kalau kawan-kawan datang pun aku bawa diarang disini.
Ok dah habis dah story pasai mee udang ni. Sekarang aku nak story pasai hari raya pulak..:). Kebetulan kawan lama aku balik cuti raya di Batu Kurau. Jadi kami set time untuk berjumpa sebab dah lama tak jumpa. Jadi aku invite kawan aku ni jumpa di restoren mak jah dalam group whatsapp kami. Rupa nya ada lagi geng aku yang nak join. Dia orang cakap dengan syarat aku kena belanja dia orang..:)
Antara kawan-kawan yang datang. Aku bawa di orang lepak sekejap kat rumah kaka ipar aku. Dok tunggu lagi satu family...on the way kata nya. Hampeh..lama sangat tunggu kami pun bergerak pergi restoren mak jah.
Lama tak jumpa..sekali jumpa apa lagi..sakan dok ambil gambar dan berborak-borak. Masing-maing sibuk time macam nilah nak beramah mesra kan???
Pos istimewa daripada anak-anak aku..heheheheh
Orang memang ramai giler kat sini..maklumlah hari raya ketiga. Kebetulan pada hari ni cuma restoren mak jah saja yang buka yang lain masih dalah mod raya...hahahah...cuti lagi la tu. Lepas makan kami berposing tahap maut untuk bagi kawan-kawan yang lain jeles tahap gaban.
Mungkin korang tak perasan, bertentangan dengan dengan restoren mak jah aku satu kawasan rekreasi iaitu hutan paya bakau tertua di asia tenggara. Ada chalet kat itu tapi diarang tak terima kumjungan individu. Dia terima tempahan dari group-group yang lebih daripada 30 orang. Kalau nak masuk jalan-jalan nak tengok hutan paya bakau boleh..tak de masalah sebab ada jambatan/titi untuk melihat hutan paya bakau.
Bagi sapa-sapa yang nak mencuba mee udang ni...ini lokasinya..siapa dengan gps location lagi..lepas ni harap mak jah bayar royalti kat aku lah yee sebab dok promote baik punya restoren dia...:)
Mee udang Mak Jah,
Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping
34650 Taiping, Malaysia
Tel No.: 05-8981400/ 012-2931101/ 017-4695026
GPS : N4 50.316 E100 38.025
No comments
Thanks For Comment !!! :)