Sepanjang aku menjadi pelajar di sana aku belum ada lagi kawan wanita atau bahasa yang glamernya girl friend. Kisah percintaan aku bermula apabila aku belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Merbok. Selepas aku tamat tingkatan 5 aku bersekolah di Sekolah Menengah Merbok kerana sekolah lama aku tidak menawarkan pengajian di tingkatan 6.
Sepanjang aku belajar disana akan tertarik dengan seorang wanita bernama S. Aku rasa S pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Nampaknya aku tidak bertepuk sebelah tangan. S merupakan motivasi aku untuk pergi ke kelas tiap-tiap hari. Aku rasakan pada waktu itu S merupakan jodoh aku. Tiap kali waktu rehat atau waktu cikgu tak masuk kelas merupakan waktu yang bermakna bagi aku. Aku tak akan melepaskan peluang walaupun sedetik untuk cuba menghampiri S untuk bertanya khabar dan berbual-bual. Maklumlah aku telah dilamun cinta. S merupakan wanita pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku.
Hubungan kami berterusan sehinggalah kami tamat pengajian tingkatan enam. Aku pada ketika itu telah mendapat pekerjaan di Genting Highland manakala S melanjutkan pelajar dalam bidang yang diminatinya. Hanya surat sebagai pengganti diri diantara kami. Aku tak ingat lagi berapa ratus ringgit dihabiskan untuk beli sampul dan stem. Ketika itu belom ada lagi sms,whatsapp dan lain-lain lagi maklumlah diera awal 90 teknologi talifon muah alih belum lagi popular. Hanya golongan berduit saja yang mampu memiliki teknologi ini.
Setiap hari aku menunggu abang posmen datang manatau kot-kot ada surat untuk aku. Aku rasa S pun sama seperti aku menunggu abang posmen juga. Melalui surat aku dapat melepaskan rindu pada S. Tapi surat terbatas tak seperti bertemu secara bersemuka. Kalau ada cuti yang panjang aku akan pulang kekampung dan seperti biasa akan dating dengan S.
Aku dah tak ingat dah berapa tahun hubungan kami berjalan. Hari ini aku akan pulang kekampung lagi dan aku telah memberitahu S melalui talifon yang aku akan pulang. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung dengan bas aku tak dapat melelapkan mata kerana aku begitu teruja untuk bertemu dengan S. Tapi hati aku tak berapa sedap kali ini. Aku tak tahu kenapa mungkin hanya perasaan aku saja...aku rasa.
Aku tiba dirumah pada waktu malam dan disambut dengan gembira oleh orang tua ku. Tiba-tiba adik aku bagitau S ada talifon dan suruh aku talifon semula S. Selepas makan dengan family aku aku terus capai talifon dan terus menalifon S. Peluang ini aku ambil untuk melepas rindu dengan S. Banyak juga yang kami bualkan mungkin lama tak dengar suara S agaknya. Sampai tengah malam kami berbual dan ayahku merenung semacam jer kat aku. Aku faham ayah ku suruh berhenti takut bil talifon melambung tinggi. Sebelum menamatkan perbualan kami, S mengajak aku untuk dating ditempat biasa.
Malam itu aku tak dapat melelapkan mata walaupun badan aku sangat letih. Bukan sebab aku nak dating dengan S tapi aku rasakan suara S tidak seperti yang aku selalu dengar. S cuba sembunyi sesuatu dari ku atau cuma perasaan aku saja.
Seawal pagi aku telah bangun aku cuci motor Ex-5 bapaku sampai berkilat maklumlah hero nak pergi jumpa heroin. Aku menunggang motor bapaku terasa macam menunggang Harley Davidson dan aku rasakan hari itu merupakan hari yang bermakna bagiku dan terasa dunia ini hanya milik aku. Tempat dating kami adalah tempat biasa di Titi Sungai Derhaka. Aku tak tahu apa salah sungai itu sampai dipanggil derhaka. Derhaka kat sapa entah. Berbalik kepada kisah ku, setelah sampai aku melihat S sudah ada menungguku dengan senyuman yang manis.
S ketika itu tidak memakai tudung dan menampakkan rambutnya yang ikal mayang..perghhhhh dua tiga kali aku telan air liur. Agak lama juga kami berbual. Aku merasakan tidak sedap hati ketika itu dan menanyakan S adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dari ku. Takaan aku tepat dan S memberitahu ku bahawa dia akan berkahwin atas pilihan keluarga. Aku nampak manik-manik putih mengalir membasahi pipi S begitu juga dengan ku, aku tak sangka perhubungan kami yang telah lama terjalin telah terputus begitu saja.
No comments
Thanks For Comment !!! :)