23 Ogos 2014 aku terima undangan makan free di rumah chot my best friend di Bestari Jaya. Dulunya dikenali sebagai batang kali sebab nama batang kali macam lucah sikit dia orang tukar kepada bestari jaya agaknya.
Jarak rumah aku kerumah chot aka mansor abdullah ni lebih kurang 84km. Pergi dan balik jaraknya dah 168km..pergh macam nak pegi ipoh pulak. Tapi tak pe kawan lama punya hal lagipun dah setahun lebih tak jumpa. Aku pun terjah ke sana.
Sampai saja rumah chot terjumpa pulak dengan kawan lama zaleha aka mak leha. Yang ni aku dah 20 tahun tak jumpa. Cuma dok mesej dalam whatsapp saje. Mak Leha ni datang dengan family dia.
Hidangan istimewa dirumah cot...char kue teow..perghhhh kelas siot. Sapa yang datang boleh order char kue teow. On the spot dia orang goreng. Tabik cot.
Tukang goreng char kue teow merangkap adik ipar chot.
Sebelum balik aku sempot posing dengan cot. Nak buat bahan untuk blog aku ni. Cot kata malam nanti lagi ramai sebab geng-geng cot yang kerja di genting highland akan menyerbu rumah cot sebelah malam. Yang pasti cot memang letih la malam nanti.Perjalanan aku dalam 168km memang berbaloi-baloi... :)
No comments
Thanks For Comment !!! :)