SHOPPE

Pasangan kekasih perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni??

Share:
Pasangan kekasih perompak....Nak Cari Duit Kahwin Ke Korang Ni??

Pasangan kekasih perompak BOGEL

Gombak: Sepasang kekasih yang cuba merompak kedai serbaneka bersenjatakan parang sebaliknya dikepung dan diberkas orang ramai.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Khamis lalu, pasangan itu bersama dua lagi suspek lelaki dikesan cuba merompak premis terletak di Rawang, di sini.




Difahamkan suspek lelaki ditangkap itu berani melakukan jenayah walaupun tangan kirinya berbalut akibat patah sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu yang dipercayai aktif melakukan kes samun premis kedai 24 jam di daerah ini.

“Pasangan itu ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi suspek lelaki ditahan di Batu Caves, di sini, berdasarkan maklumat diberikan kepada polis susulan tangkapan pertama.

“Semua suspek tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas parang digunakan suspek ketika melakukan rompakan itu.
Penahanan pasangan kekasih itu menjadi viral di laman sosial apabila suspek didakwa cuba mencuri kereta di Sri Gombak, di sini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  newsberitao9




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah