6 Jenis Fobia Aneh Dan Ganjil Yang Mungkin Anda Alami Ketika Ini
Setiap orang mungkin memiliki rasa ketakutan yang berlebihan atau fobia terhadap sesuatu perkara. Ini adalah perkara biasa yang dimiliki oleh manusia. Tetapi di antara jenis fobia yang biasa dimiliki individu, ada beberapa jenis fobia yang sangat aneh dan ganjil, tetapi ianya dimiliki oleh kebanyakan orang.
Tak percaya? berikut merupakan enam fobia paling aneh yang mungkin anda miliki.
6. Nomofobia
Nomofobia merupakan rasa takut yang berlebihan jika tidak memiliki akses terhadap smartphone, kehilangan signal atau kehabisan bateri. Meskipun hal ini belum diakui dari aspek perubatan, kajian yang dijalankan mendedahkan lebih dari 50% orang mengalami rasa takut jika smartphonenya dicuri atau tertinggal di rumah.
Adakah anda termasuk dalam golongan individu yang menderita Nomofobia?
5. Gephyrofobia
Penderita fobia ini akan mengalami rasa takut yang melampau terhadap jambatan. Jika penghidap fobia ini melihat jambatan atau melintasi jambatan, mereka akan berasa sangat loya dan pening serta hilang keseimbangan badan. Efek lain mereka merasakan degupan jantung mereka berdebar-debar dan sangat laju.
4. Filofobia
Dari semua rasa ketakutan yang berlebihan, fobia yang satu ini amat menyedihkan kerana penghidap Filofobia menurut dari pakar, akan takut terhadap komitmen dan menjalinkan hubungan mesra dan akhirnya akan membawa kepada perasaan jatuh cinta. Biasanya Filofobia disebabkan oleh trauma pada masa lalu yang membuatnya tidak ingin lagi untuk jatuh cinta dan menjalinkan hubungan.
3. Decidofobia
Menurut ahli falsafah Jerman, Walter Kauffmann, decidofobia adalah rasa takut yang berlebihan ketika ingin mengambil keputusan. Fobia ini muncul akibat seseorang itu takut dalam mencari kebenaran. Penderitaannya itu kemudian akan diserahkan kepada pihak yang berwajib dan bertanggungjawab seperti orang tua, pemerintah atau golongan ulama untuk menentukan dan mencari kebenaran yang diyakini.
2. Ergofobia
Ergofobia merupakan rasa takut yang irasional terhadap pekerjaan. Fobia ini menggabungkan perasaan rasa takut dan gagal gagal menjalankan tugas, serta takut berbicara di depan umum. Mereka juga takut untuk bersosial bersama rakan sekerja serta boleh mengalami tekanan mental disebabkan penderitaan fobia ini.
1. Haphefobia
Penghidap fobia ini akan merasa takut ketika disentuh oleh orang lain. Seseorang boleh mengidap Haphefobia ini sejak dilahirkan, sementara sebahagian lagi menderita rasa takut akibat trauma, seperti pemerkosaan atau penderaan seksual. Penderita Haphefobia akan merasa panik jika disentuh, bahkan dalam beberapa kes ada pesakit yang dilaporkan tidak boleh bernafas dan berasa mual.
No comments
Thanks For Comment !!! :)