SHOPPE

Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Menerima Kritikan Hebat!

Share:
Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Menerima Kritikan Hebat!

dtrim murah


Tindakan dua wanita yang membawa bersama anjing mereka di dalam troli kosong di sebuah pasar raya di sini disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Gambar kedua-dua wanita tersebut bersama anjing mereka dimuat naik ke dalam laman Facebook dan menjadi viral.

Ia dipercayai dirakam oleh seorang pelanggan di pasar raya tersebut di Plentong, Masai semalam (Sabtu). Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Annie Belinda Han dalam entrinya menulis kedua-dua wanita tersebut tidak sepatutnya membawa anjing mereka di kawasan tempat terbuka terutamanya pasar raya.




“Pihak pengurusan premis tersebut juga perlu meletakkan papan tanda besar “zon larangan membawa binatang” dalam empat bahasa untuk makluman pelanggan,” katanya.

Menurut Annie, pengawal keselamatan bertugas perlu lebih berwaspada dan pelanggan yang membawa bersama haiwan peliharaan mereka patut dihalang daripada memasuki pasar raya itu. Seorang lagi pengguna Facebook, Zaberi Che Mat berkata pengurusan pasar raya terbabit juga harus lebih bertanggungjawab dan memastikan insiden tersebut tidak berlaku lagi.

“Dimana pengawal keselamatan bertugas ketika dua wanita membawa bersama anjing mereka ke dalam pasar raya? Tindakan perlu diambil terhadap mereka kerana gagal menghalang kedua-dua wanita itu,” katanya.

Seorang jurucakap pasar raya tersebut yang enggan dikenali memberitahu pemberita hari ini (Ahad) bahawa kira-kira 500 troli sudah dibersihkan susulan insiden itu. Troli tersebut sudah dibersihkan (samak) mengikut prinsip Islam dan dengan bantuan sukarelawan dari sebuah masjid berdekatan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  suriafm




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah