Semua orang pernah bercinta kan? Kalau tak pernah bercinta pun, mesti korang pernah ada secret admire ke dekat seseorang lepas tu dapat tahu pulak orang yang korang suka tu ada someone special. Danggg…! Patah hati..! Sedih..! Jiwa pecah..! Senang cerita semua perasaan yang ada unsur negatif tu mesti ada la time tu.
Orang selalu pesan, hidup mesti diteruskan tapi dah kalau hati dan fikiran masih teringat dekat si dia tu nak buat macam mana kan? Mana taknya, dah lama kenal lepas tu tiba-tiba je putus atau lost contact macam tu je. Bukan senang nak lupakan semua kenangan macam tu je. Tak kisah la kenangan tu manis ke pahit.
Tetapi kalau korang betul-betul nak melupakan si dia, jom baca tips macam mana nak melupakan kekasih lama dan mulakan hidup baru.
Korang list down kan perkara-perkara yang korang nak sangat lakukan selama ini yang korang betul pernah buat:
Selama korang bersama dengan kekasih lama korang tu mesti korang ada banyak perkara yang korang nak buat tapi disebabkan masa dan komitmen ketika bercinta tu yang membutakan korang tak sempat nak buat benda-benda tu. Haa so apa kata korang senaraikan perkara-perkara yang korang nak buat tu sebab dengan cara tu korang akan nampak betapa banyaknya benda yang korang boleh buat selain dari buang masa fikirkan kekasih lama yang tak pernah fikirkan korang.
Happy kan diri korang:
Memang susah nak melalui hari-hari tanpa pasangan di sisi. Time tu la korang akan rasa sunyi, tak ada orang nak message. Tapi cuba korang fikir balik, sampai bila korang nak jadi macam ni? Fikirkan orang yang dah tak fikir pasal diri korang. Buang masa kan? So apa kata korang cuba mula kan sesuatu yang baru sebab benda yang baru korang lakukan tu lah yang bagi pengalaman manis dalam diri korang.
Pergi lepak dengan kawan-kawan:
Jangan duduk terperap je dalam bilik! Sebab kalau korang duduk seorang diri, tu akan membuatkan korang lagi teringat dekat si dia dan semua kenangan lama. Pergi lepak dengan kawan-kawan. Bila korang ada dalam kelompok yang ramai, korang takkan teringat atau terfikir pasal si dia. Tak percaya? Try dulu!
Brainwash otak korang:
Kalau pasangan korang sebelum ini jenis yang suka menyusahkan hidup korang, so buat apa fikir pasal dia? Apa yang korang kena lakukan adalah cuba ingat segala benda yang negatif yang si dia pernah buat dekat korang. Contoh, terkantoi dengan orang ketiga ke. Bila korang fikir pasal benda ni, korang akan rasa marah dan sakit hati tapi korang tak perlu risau sebab benda-benda macam tu akan buat korang menyampah nak ingat hal dulu dengan si dia. Tapi kalau si dia jenis orang yang baik, mungkin susah la nak lupakan. Korang kena happy sebab diberi peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang yang baik hati. Apa yang jadi mesti ada hikmah disebalik tu kan. Mungkin apa yang terjadi ni sebenarnya nak mengajar korang untuk jadi lebih baik dan matang untuk hubungan yang akan datang.
Maafkan kekasih lama:
Walau apapun yang terjadi antara korang dengan kekasih lama, belajar untuk memaafkan semua kesalahan dan kesilapan yang dia pernah lakukan. Kalau korang ni jenis yang berani, pergi jumpa dan berdepan dengan dia. Bagitahu si dia yang selama ni korang banyak sangat terasa hati tapi korang pendam benda tu sebab korang sayangkan si dia. Tapi lepas tu korang cakap lah yang korang dah maafkan semua kesilapan dan kesalahan dia selama ni. Ini akan buat korang rasa lebih tennag sebab dah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang korang simpan selama ni.
Pandang jauh ke depan:
Ingatlah, kehidupan ni adalah untuk memberi dan menerima. Tak semestinya dengan bercinta sahaja boleh buat diri kornag ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang boleh buat korang pergi jauh ke depan tanpa menoleh ke belakang! Anggap apa yang jadi ni sebagai pengajaran yang bermakna. Perlahan-perlahan perasaan sedih tu akan hilang dengan sendirinya.
Kuatkan semangat:
Jangan cepat putus asa dan berhenti berharap. Korang kena kuatkan semangat korang. Walaupun si dia dah tinggalkan korang tapi korang sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati korang. Balik ke jalan yang benar. Bagi yang beragama Islam, sebenarnya Allah rindu nak dengar umat Dia mengadu sebab tu Dia ambik sesuatu dari hidup korang. Bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan korang dengan memberikan ujian-ujian seperti ini supaya korang tak terpesong jauh dari-Nya.
Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama:
Benda yang dah lepas tu, biarkan lepas. Tak payah nak dikenang-kenangkan lagi. Yang pergi, biarkan ia pergi. Buat apa nak tahan? Jangan asyik bercerita tentang kekasih lama korang dekat kawan-kawan korang. Lagi banyak korang cerita pasal bekas kekasih dekat kawan-kawan korang, lagi meluat la kawan korang nak layan dan dengar! Jangan sampai kawan-kawan pula tinggalkan korang.
Padam semuanya:
Korang buang semua gambar, video, nombor telefon, SMS dari si dia. Benda tu memang sakit dan pedik tapi tu untuk kebaikan korang sendiri untuk lupakan dia. Ke korang ada niat nak cari dia lagi? Jangan menampakkan macam korang ni terhegeh-hegeh sebab kalau si dia tu sayang korang, dia takkan tinggalkan korang. Orang dah taknak, nak buat macam mana? Takkan nak paksa. Buang je semua yang berkaitan dengan si dia dalam telefon bimbit korang tu.
Tatap muka ibu ayah:
Hilang pasangan / kawan / barang , boleh ganti dengan yang baru. Tapi hilang keluarga, tak boleh dicari ganti. Kalau korang nak rasa tenang, tatap muka ibu ayah korang. Tak percaya? Cuba buat. Walaupun mereka tengah tidur ke, cuba korang tengok je muka mereka. Perlahan-perlahan korang akan rasa sedih sebab selama ni korang asyik luangkan masa dengan pasangan yang akhirnya mereka tinggalkan korang. Tapi korang kurang luangkan masa dengan keluarga terutamanya ibu ayah yang tidak pernah tinggalkan korang dari kecik sampai sekarang. Walaupun diantara kita semua mungkin dah kehilangan ibu bapa tapi kasih sayang mereka tetap ada dalam diri kita. Tak pernah hilang. Tak pernah pudar. Benda ni akan buat korang rasa menyesal fikir tentang kekasih lama.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : suriafm







No comments
Thanks For Comment !!! :)