Cara Untuk Kesan (Detect) Kamera CCTV Tersembunyi
Khas Untuk Perempuan. Kali ni nak share tips untuk kesan CCTV tanpa wayar (wireless) yang tersembunyi terutamanya dalam tandas perempuan. Sekarang ni semakin berleluasa kes orang pasang CCTV tersembunyi di dalam tandas. Kebaikan CCTV ni sudah tentulah untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan pasang di tempat yang tak sepatutnya. Dapat tips ni dari Pegawai Forensik bahagian video and audio, jadi ianya boleh dipercayai 99.9%. Cara untuk kesan CCTV tersembunyi ni. Korang just follow up step di bawah;
1) Sebelum masuk tandas. Sila bawak handphone yang ada aplikasi bluetooth.
2) Turn ON bluetooth dan search devices yang ada. Kalau korang tak reti nak cari devices macam mana, korang buat-buat la nak send gambar atau lagu. Kemudian korang tekan via bluetooth, pastu boleh nampak devices yang ada.
3) Kalau jumpa devices yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang korang rasa sangat pelik bunyinya.
Sebaiknya batalkan hajat korang tue je kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.
Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??...Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’ seperti kes nasha aziz dulu tue. Yang manual dah tentu akan nampak wayar -wayar yang berselerak. Senang la orang boleh kesan dan terbantutlah projek jahat diorang.
No comments
Thanks For Comment !!! :)