SHOPPE

Inilah 10 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia Nombor 5 Paling Mengejutkan

Share:
Inilah 10 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia Nombor 5 Paling Mengejutkan


1. Ameerah AlTaweel, Arab Saudi


Inilah 10 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia

Puteri Ameerah AlTaweel dari Arab Saudi.

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.


2. Lalla Salma, Maghribi

Inilah 10 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia


Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.

Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kirakira sebanyak $2.5 bilion.


3. Rania Al Abdullah, Jordan


Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.

Walaupun Raja Abdullah tidak pernah mengiktiraf kekayaannya kepada umum, khabar angin mengatakan beliau telah menghabiskan lebih daripada satu bilion dalam pembuatan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.


4. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi


Fathima Kulsum kini secara rasmi menjadi Permaisuri Arab Saudi. Dia adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.

Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.


5. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei


Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta RollsRoyce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Beliau juga memiliki kediaman diraja terbesar di dunia dengan mempunyai 1,700 bilik di dalam istana. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya itu. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.



6. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia


Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang diPertuan Agong ke13. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973.

Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki. Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.


7. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar


Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negaranegara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.


8. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai



Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.

Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.


9. Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei


Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu
Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.

Bapa Majeedah, Sultan Brunei adalah antara orang yang paling kaya di dunia dan sangat gemar pada emas.

10. Sheikha Hanadi Bint Nasser Al Thani, Qatar


Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.

Selain itu, Hanadi adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.







Sumber :  mestimauu




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah