SHOPPE

Sedih Anak Yatim Piatu Tidur Dipangkuan DS Ismail Sabri Yaakob

Share:
Sedih Anak Yatim Piatu Tidur Dipangkuan DS Ismail Sabri Yaakob


Masihkah kita ingat tragedi korban meragut nyawa sepasang suami isteri Jefri Mohd. Zain, 46, dan isterinya, Noorsalawati Ibrahim, 40 terbunuh dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras di Jalan Loke Yew, di ibu negara. Mereka yang menaiki motosikal hilang imbangan dan jatuh sehingga sebuah lori yang membawa muatan pasir menggilis mereka. suami isteri tersebut mati di tempat kejadian dan lima beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata

1. Muhammad Haikal, 17 tahun
2. Fatin Adlina, 15 tahun
3. Muhammad Aidil, 11 tahun
4. Nur Syamimi, 5 tahun dan
5. Nur Auni Syafia, 4 tahun.

Kisah ini diceritakan oleh Ruhaidini Abd Kadir. YBM MOA DS Ismail Sabri Yaakob bersama isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, serta anak dan menantu; Nina Sabrina dan Jovian Mandage dan juga turut sama nak kedua DS Ismail Sabri iaitu Dafi dan yang bongsu, Iqbal berkunjung meziarah melihat anak-anak yatim di rumah orang tua anak-anak yatim tersebut di Flat Taman Desa Cheras dan majlis tahlil arwah sekitar pukul 11 malam, DS Ismail Sabri meluangkan masa bertanya khabar dari hati ke hati dengan anak-anak yatim piatu ini

Dan apabila selesai apabila YBM MOA DS Ismail Sabri mahu berangkat pulang anak arwah paling bongsu, Syafia merenggek dan menangis meminta DS Ismail mendukungnya. Sambil DS Ismail mengusap dan membelai-belai anak tersebut sehingga anak itu terlena dalam pelukan kasih 'seorang bapa'.

Saat mahu dilunjurkan di atas katilnya, Syafia yang pada awalnya lena....terjaga! Dia yang belum mengerti apa-apa kemudiam menangis bila tahu DS Ismail mahu tinggalkan dia sambil merayu dan meminta didukung lagi. Barangkali terlalu rindu kepada arwah bapanya, Syafia 4 yang tidak tahu meluahkannya hanya mampu menterjemahkan rasa rindu itu kepada DS Ismail dengan airmata.

Bayangkanla umur seawal 3 tahun adik Syafia kehilangan ibu dan ayah untuk tempat bermanja dan berkasih sayang. Sekarang ini adik Syafia berumur 4 tahun dan masih tidak mengerti apa-apa

Semoga 5 anak ini membesar dengan kuat dan tabah dan semoga mereka menjadi anak-anak yang mampu mendamaikan roh Allahyarham dan Allahyarhamah di alam sana.
Kepada 5 anak yatim piatu ini; Bertabahlah wahai hati!




Kredit gambar Ruhaidini Abd Kadir







Kredit gambar Ruhaidini Abd Kadir








Sumber :  oomedianetwork




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah