SHOPPE

Bebas tuduhan bunuh isteri

Share:
Bebas tuduhan bunuh isteri



Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membebas dan melepaskan Norazman Bashah Ahmad Bashah, 34, daripada tuduhan membunuh isterinya Nur Syaleza Jaffar yang juga Eksekutif Pentadbiran TV9, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Menurutnya, wujud kelemahan dalam penyiasatan polis selain kemurungan yang dialami mangsa mendorongnya membunuh diri.

"Selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan dalam prosiding pendakwaan dan perbicaraan, mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan kamu daripada pertuduhan membunuh," katanya.

Norazman sebelum ini didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di rumah mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.










Sumber :  hmetro




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah