SHOPPE

6 Sebab Kenapa Isteri Mudah Bosan Ketika Di Ranjang

Share:
6 Sebab Kenapa Isteri Mudah Bosan Ketika Di Ranjang

Isteri Mudah Bosan Ketika Di Ranjang



Takut cuba perkara baru

Sebaiknya jangan biarkan pasangan tahu apa yang akan anda lakukan selanjutnya ketika berhubungan intim. Misalkan sekiranya anda hanya melakukan pemanasan yang singkat kali ini lakukan dengan lebih lama. Lakukan perkara yang sama sekali tidak dapat dijangka oleh isteri dan anda juga mungkin takkan pernah tahu apa yang akan terjadi selanjutnya. Terus berikan kejutan yang membuat isteri semakin berghairah dan teruja.

Terlalu kerap

Kebanyakan wanita setuju bahawa seks tanpa hasrat sangatlah membosankan. Seks yang kerap juga akan menyebabkan isteri berasa bosan kerana akan timbul perasaan diri diperlakukan seperti boneka. Oleh itu aturlah jadual seks agar tidak terlalu kerap dan tidak perlu terlalu sedikit. Tapi paling kurang seminggu sekali aktiviti seks harus ada.

Lokasi yang sama

Suasana seks yang sama mampu membuatkan ghairah yang padam kerana kurangnya sensasi. Ketika ini apa yang disarankan adalah cuba melakukan seks di tempat yang baru. Sebagai contoh, di bilik hotel, ruang tamu, kamar mandi atau di mana saja asalkan privasi anda berdua terjaga dan tidak melampaui batas susila.

Sunyi tanpa suara

Seks yang sunyi tanpa ada suara desahan dari suami mahu pun isteri boleh me n imb u l k a n kebosanan. Sebabnya keduanya tidak akan tahu sama anda persembahan seks yang di lakukan itu disukai atau sebaliknya. Oleh itu belajarlah untuk bersuara, sesekali mengerang atau mengucapkan kata-kata. Ia lebih baik daripada berdiam saja. Tapi jangan pula sampai suara tersebut kedengaran oleh anak atau jiran tetangga.

Tiada posisi baru

Sekali dua kali gerakan yang sama mungkin akan memberi kesan yang sangat membahagiakan. Namun jika terlalu kerap melakukannya, sudah tentu sensasinya kurang. Oleh itu cubalah posisi baru, keluarkan fantasi, ungkapkannya kepada pasangan dan biarkan hubungan berlangsung dengan sendirinya.

Kekasaran

Jika selalunya anda hanya terus ‘menerkam’ isteri ketika menginginkannya apa kata kali ini ubah tingkah laku tersebut. Perlakukan isteri dengan lembut. Minta izin daripada isteri untuk bercinta. Umumnya wanita mengakui lelaki akan kelihatan lebih seksi jika mereka secara gentleman meminta izin pada isteri untuk bersama.

Punca kebosanan wanita di ranjang sudah diketahui, sekarang tiba masa untuk anda mempraktikkannya. Tapi tak perlulah terburuburu membuat perubahan lakukan dengan perlahan. Tapi apa yang penting adalah anda perlu jadi orang yang spontan dan tak terduga.





Sumber :  karutkita



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah