SHOPPE

Dua sahabat maut

Share:
Dua sahabat maut



Chukai: Dua sahabat maut manakala tiga rakan mereka parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas dan terpusing sebelum melangar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 277.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Chukai di sini, petang tadi.

Kemalangan kira-kira 2.15 petang itu mengorbankan Kamarudin Yunus, 41, berasal dari Pelabuhan Kelang dan Syaiful Nahar Mokhtar, 40, dari Felda Bilut, Pahang.

Tiga rakan mereka yang parah masih belum diperoleh identiti dan kini menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Ketika kejadian, semua sahabat terbabit dikatakan datang dari arah Kuantan dan dalam perjalanan menyertai pesta mencandat sotong di Marang apabila Naza Ria dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa yang meninggal dunia itu tercampak keluar.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normanshah Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.








Sumber :  hmetro




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah