SHOPPE

Reaksi ERRA FAZIRA Terhadap Krisis Rumahtangga Yang Dialami Oleh AWIE Dan ROZANA MISBUN Amat Mengejutkan

Share:
Reaksi ERRA FAZIRA Terhadap Krisis Rumahtangga Yang Dialami Oleh AWIE Dan ROZANA MISBUN Amat Mengejutkan




Nampaknya krisis dan pergolakan mahligai perkahwinan Awie dan Rozana Misbun semakin merunsing sejak akhir-akhir ini selepas kedua belah pihak saling mengeluarkan kenyataan yang terus mempertahankan diri masing-masing di media.

Di sebalik perbalahan berterusan Awie dan Rozana, sudah tentulah ramai peminat teruja untuk mengetahui apakah komen atau respon dari Erra Fazira.

Reaksi Erra Fazira paling mengejutkan isu keretakan rumahtangga Awie - Pelakon Erra Fazira yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untuk raya kali ini dia akan beraya bersama-sama dengan puteri kesayangannya, Aleesya....

“Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL.....”

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat....

“Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat.....”


Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut apabila timbulnya isu rumah tangga bekas kekasihnya, yang kini semakin hangat dilaporkan di media-media massa tempatan. Baginya Awie mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya kini....

“Mula-mula saya agak terkejut apabila rumah tangganya dilaporkan sedang bergolak. Saya tahu pun melalui akhbar-akhbar serta blog-blog yang melaporkannya. Tapi saya tahu Awie ada caranya yang tersendiri untuk mengendalikan masalahnya itu, lagipun dia mempunyai banyak pengalaman dan saya sebagai sahabatnya mendoakan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan berharap mereka berdua berbaik semula.....”






Sumber :  ladajarumpedas




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah