SHOPPE

Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa

Share:

Biodata Dan Profile Lengkap Ameera Khan Adik Kepada Neelofa





Siapakah Ameera Khan? Beliau adalah adik kepada selebriti popular Neelofa. Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini Ameera Khan makin dikenali peminat walaupun usianya baru mencecah 18 tahun. Komen dan kritikan panas yang dilontarkan oleh Ameera Khan di media sosial menjadi topik hangat dan pertelagahan netizen hingga menaikkan nama beliau. Ini dibuktikan dengan jumlah followers beliau di IG yang telah hampir mencecah 1 juta! Wow hebat.

Selain itu Ameera Khan dikenali sebagai seorang Vlogger YouTube dengan saluran Little Miss Khan. Beliau telah mendapat populariti yang luas untuk setiap entri yang dilakukan termasuklah barang solek, barangan fesyen, testimoni peribadi dan pelbagai lagi topik berkaitan dengan kehidupan seharian. Untuk rekod, Ameera Khan mula membuka channel Youtube pada tahun 2015.


Biodata Dan Profile Ameera Khan

  • Nama Penuh: Nur Ameera Khan
  • Nama Glamour: Ameera Khan / Little Miss Khan (LMK)
  • Nama Panggilan Manja: Baby
  • Tarikh Lahir: 8 Disember 2000
  • Umur: 19 tahun (2019)
  • Asal: Kelantan
  • Adik-Beradik: Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Nellisa, Mohd Aqief, Noor Neelofa, Putri Nur Athira, Nur Athisha, Mohamed Faliq, Mohamed Firdaus
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu (Kacukan Melayu, Pakistan dan Arab)
  • Pekerjaan: Social Media Influencer dan Vlogger
  • Instagram: @littlemisskhan
  • Twitter: @nurameerakhan


Fakta Menarik Tentang Ameera Khan

  • Pernah tampil dengan imej berhijab.
  • Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media.
  • Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.
  • Menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian.
  • Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut!
  • Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!
  • Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil.
  • Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.
  • Bakal terjun ke bidang pengacaraan, beliau mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.


Gambar-Gambar Ameera Khan Yang Cun Melecun

















Sumber: iluminasi.com & azhan.co

#ameera
#ameerakhan


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah