SHOPPE

Gempar!!! Foto Bogel Mirip Fara Mendoza Tular Di Media Sosial

Share:

Gempar!!! Foto Bogel Mirip Fara Mendoza Tular Di Media Sosial


SEJAK dari awal kemunculan dalam industri seni, nama Fara Mendoza seperti tidak lekang dengan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, dia dikaitkan sebagai wanita dalam beberapa keping foto tanpa seurat benang yang tular menerusi aplikasi Telegram sejak Khamis, malam.

Menyedari mengenai perkara tersebut, Fara tampil menafikan bahawa dia adalah wanita yang berkelakuan tidak senonoh itu.


Foto bogel mirip Fara Mendoza tular menerusi aplikasi Telegram.

Menurut Fara, dia mengesyaki perkara ini dilakukan individu dikenali yang bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Wanita di dalam gambar itu bukan saya. Ia fitnah yang sengaja dilemparkan kerana nak jatuhkan saya.
"Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula.

Dia ingat saya stress ke dengan fitnah dia?
"Saya tahu siapa dalang di sebalik penyebaran foto tersebut kerana sudah sebulan dia asyik update mengenai saya," ujarnya kepada mStar.

Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula.

Dalam pada itu, Fara memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada Jumaat.
"Dia memang mental... tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia.

"Selama ni pun dia memang suka kutuk orang sampai yang tak kenal pun dia kutuk. Sebab tu saya pun jauhkan diri daripada dia.
"Saya dah pun buat laporan polis dan tunggu saja saman menyusul," ujarnya lagi.



Sumber : mstar

#fara
#faramendoza


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah