SHOPPE

Kecoh!!! Tukang Urut Dan Pelanggan Dicekup Berpelukan Dalam Keadaan Bogel

Share:

Kecoh!!! Tukang Urut Dan Pelanggan Dicekup Berpelukan Dalam Keadaan Bogel


Kelam-kabut menutup alat sulit mereka dengan tuala mandi. Itu yang berlaku ketika serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah premis urut terletak di tingkat empat sebuah hotel di sini.

Hasil serbuan mendapati, seorang pelanggan dan tukang urut wanita yang dalam keadaan berbogel asyik berasmara di sebuah bilik di premis terbabit.


Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, aktiviti jijik mencemari Ramadan itu dihidu selepas menerima aduan orang ramai dan hasil risikan dilakukan.

Pihaknya menyerbu premis tersebut selepas menerima laporan terdapat aktiviti tidak bermoral dijalankan.

Ketika diserbu, seorang tukang urut wanita dan pelanggan lelaki didapati terbaring dalam keadaan berpelukan tanpa seurat benang atas katil dalam sebuah bilik di premis itu.


Hasil pemeriksaan mendapati, premis tersebut menjalankan aktiviti tidak bermoral dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada pihak majlis.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati kesemua 14 tukang urut wanita yang diperiksa adalah warga tempatan,” katanya.





Sumber: Berita Viral

Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah