SHOPPE

Gara-Gara Tersalah Pilih Mangsa Perogol Bersiri Tumpas Di Tangan Pemain Ragbi

Share:

Gara-Gara Tersalah Pilih Mangsa Perogol Bersiri Tumpas Di Tangan Pemain Ragbi




Sinaga berjaya ditangkap selepas mangsa terakhirnya, seorang pemain ragbi tersedar ketika lelaki tersebut cuba untuk melakukan perbuatan keji itu. Foto: Cavendish 

PEROGOL paling dikehendaki di Britain akhirnya ‘tumpas’ dan berjaya ditangkap polis selepas dia diserang oleh seorang mangsanya.

Reynhard Sinaga, 36, dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun akibat jenayah tersebut.

Dilaporkan seramai 190 orang pernah menjadi mangsanya sebelum ini, dengan 70 daripadanya masih belum dikenal pasti oleh pihak polis.

Sinaga memburu mangsanya dengan mensasarkan lelaki muda yang mabuk selepas minum di kelab malam berhampiran flat rumahnya.

Dia berpura-pura menawarkan mereka tempat tidur di rumahnya sebelum menjadikan lelaki berkenaan sebagai mangsa.

Sinaga berjaya ditangkap selepas mangsa terakhirnya, seorang remaja, tersedar ketika lelaki tersebut cuba untuk melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa merupakan seorang pemain ragbi, berjaya menolak Sinaga dan menumbuknya untuk melepaskan diri, sebelum menelefon pihak polis. - Metro.co.uk



Sumber : mstar
#perogol
#perogolbersiri


Penafian: Artikel ini datang dari web dari media. Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran, sila hubungi kami untuk memadam



No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah