Lelaki Mengaku Campak Wanita Ke Dalam Sungai

Lelaki Mengaku Campak Wanita Ke Dalam Sungai



SHAH ALAM – Dua orang rakan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuba membunuh seorang wanita warga asing dengan mencampaknya ke dalam Sungai Klang pada 6 Februari lepas.




Mohamad Aidilfitri Mohd Powet dan Mohd Afiq Jamli, kedua-duanya berusia 21 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Mohamad Aidilfitri dan Mohd Afiq didakwa bersama-sama memukul wanita berusia 37 tahun itu, memasukkan mangsa ke dalam guni, mengikat kaki dan mencampak wanita itu ke dalam Sungai Klang dengan niat untuk membunuhnya selain perbuatan tersebut turut mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Kedua-dua penganggur itu melakukan kesalahan berkenaan di jambatan Sungai Klang, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Seksyen 24 di sini pada kira-kira 11 pagi.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Slamat menetapkan 15 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya negeri Naliatul Huzaimi Ab Rasip yang mengendalikan pendakwaan.

Beliau juga tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Naliatul Huzaimi sebelum itu memohon penangguhan tarikh untuk mahkamah menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mangsa yang juga seorang pekerja kilang terselamat apabila ditemui orang awam dalam keadaan terapung di sungai berkenaan.

Wanita itu dilaporkan ditemukan dalam keadaan separuh sedar dengan kaki diikat menggunakan pita pelekat.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan wanita itu kerana menjalin hubungan dengan anggota keluarga seorang daripada suspek terbabit. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger