Gambar insiden yang dirakamkan di Sao Paolo, Brazil itu mula menjadi tular selepas dikongsikan netizen di laman sosial.
Menurut saksi, kejadian itu berlaku selepas sang isteri menangkap suaminya dan wanita itu di atas katil bilik tidur mereka.
Wanita yang dibogelkan itu kemudiannya diarak di jalanan dalam tujuan untuk memalukan dirinya kerana mempunyai hubungan dengan suami orang.
Pihak polis kemudiannya membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut dan mangsa mengakui dia langsung tidak mengetahui status kekasihnya itu yang merupakan suami orang sepanjang lima bulan mereka bercinta.
Susulan itu, polis kini dilaporkan sudah melakukan soal siasat terhadap si isteri yang secara membabi buta melakukan serangan terhadap wanita tersebut sekali gus mencabul hak asasi manusia.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)