HANYA secawan kopi namun ia telah merubah kehidupan seorang gelandangan yang dikenali sebagai David. Jika setahun lalu David merayau sekitar jalan di Chester dengan pakaian buruk dan selekeh namun kehidupannya kini telah berubah.
Lebih menarik, dia berjaya mendapat pekerjaan selepas menjalani proses temuduga semalam. Bagaimanapun tidak dinyatakan pekerjaan yang diperolehinya itu.
Jalan cerita David memang menarik. Ketika menjadi gelandangan, dia telah membawa kupon untuk kopi ke sebuah pusat kebajikan dikenali sebagai Charity Supporting Homeless Assisting Refugees Everywhere (SHARE).
Tidak lama kemudian, David dengan bantuan sukarelawan di SHARE telah membantu David untuk mengubah gaya hidup dan kehidupannya. Mereka juga membantunya untuk membuat resume serta menaikkan semangatnya untuk menjalani temuduga berkenaan.
“12 bulan lalu David datang ke kedai SHARE untuk mendapatkan kopi yang dibelikan oleh seorang yang tidak dikenalinya. David adalah gelandangan dan terpaksa bergelut untuk hidup di jalanan.
“Sejak hari itu, sukarelawan SHARE telah membantu menukar hidupnya.
“Dia datang kepada kami hari ini dan memberitahu bahawa dia sudah mendapat pekerjaan serta mula bekerja pada Selasa,” demikian tulis jurucakap SHARE dalam Facebook sambil memuatnaik gambar David ketika menjadi gelandangan dan gambar terbarunya yang lebih segak serta terurus.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : eberita
No comments
Thanks For Comment !!! :)