SHOPPE

Vera Brezhneva Wanita Paling Cantik Di Rusia Beri Petua Kecantikan

Share:
Vera Brezhneva Wanita Paling Cantik Di Rusia Beri Petua Kecantikan


VERA Brezhneva yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di Rusia dengan pengikut seramai 6 juta orang dalam instagram mendedahkan rahsia kecantikannya, iaitu bersenam setiap hari walaupun sedang bercuti.




Vera yang berusia 34 tahun itu juga dengan mudah mendapat `like’ sekiranya dia memuatnaik gambar dalam instragramnya. Baru-baru ini, gambarnya ketika bercuti di Thailand telah mendapat 200,000 like walaupun baru dimuatnaik dalam sehari.


Dengan wajah menawan dan bentuk badan yang cantik, Vera yang juga seorang penyanyi memberitahu rahsianya kelihatan menawan dengan bersenam.

“Peraturan utama ketika bercuti ialah hanya mereka yang bersenam boleh makan. Saya suka kalau ada gim dan personal trainer di mana-mana hotel yang saya singgah,” katanya.

Vera mula dikenali selepas menganggotai kumpulan glamor Nu Virgos dari Ukraine, yang gemar membuat persembahan di atas pentas dengan pakaian menjolok mata.

Dia kemudiannya meneruskan kerjaya nyanyian secara solo dan mensasarkan peminat di Rusia.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah